Banting, 14 Ogos – Bengkel Penulisan Skrip OKB OKU Persatuan OKB (Orang Kota Bharu) – FINAS – UPM yang telah diadakan selama tiga hari telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob di Majlis Perasmian Penutup di Pusat Angkasa Negara, Banting pada hari ini.
Program ini yang disertai seramai 12 orang OKU merupakan salah satu platform pembangunan modal insan dan eksplorasi kreativiti serta bakat golongan orang kurang upaya (OKU) dalam menjana industri kreatif negara.

Majlis Perasmian Penutup ini juga turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) merangkap penaung OKB OKU, Dato’ Hj. Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad, Ketua Ahli OKB OKU, Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat, Ketua Jabatan Pemajuan Profesional & Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Professor Madya Dr. Azizan Asmuni juga Tuan Hj. Mohd Zulkifli Ab. Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal FINAS.