Putrajaya, 20 Jun – Sekitar Majlis Sekalung Budi Pengamal Media, Penggiat Seni dan Industri Kreatif dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) 2019 telah diadakan di Dataran Gemilang Putrajaya hari ini dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Majlis ini merupakan acara tahunan KKMM bertujuan untuk meraikan sambutan Aidilfitri disamping memupuk semangat perpaduan sesama warga KKMM dan pihak pelanggan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahli-Ahli Perbadanan FINAS, Ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KKMM, para penggiat seni dan industri kreatif tanah air, rakan-rakan media dan para jemputan.