Kuala Lumpur, 1 Mac – Setelah sekian lama peminat-peminat filem tempatan berteka-teki mengenai tajuk filem pertama arahannya, juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi akhirnya mendedahkan tajuk filem sulungnya menerusi satu majlis pelancaran yang diadakan di Kompleks Membeli-Belah Sogo, Kuala Lumpur yang berjudul ‘Tiada Tajuk’.

Pada majlis pelancaran ini, beliau turut memperkenalkan barisan pelakon-pelakon iaitu, Mawi, Along Cham, Hazama, Joey Daud, Ropie, Anas Tahir, Amirah Othman, Johan As’ari dan ramai lagi. Filem terbitan Mawi World Entertainment Sdn. Bhd. ini bakal menemui penonton pada 4 April 2019 di pawagam seluruh Malaysia.

Hadir pada majlis pelancaran ini ialah penerbit dan pengarah filem, barisan pelakon ‘Tiada Tajuk’, dan rakan-rakan media.