Petaling Jaya, 19 September – Tayangan perdana filem ‘Motif’ telah diadakan di MM Cineplex, Mutiara Damansara hari ini. Filem terbitan Wayang Works Sdn Bhd ini merupakan filem sulung arahan Nadiah Hamzah. Filem yang mengisahkan tentang seorang Inspektor yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes kehilangan seorang remaja perempuan di sebuah bandar kecil. Berbangga menjadi seorang Inspektor yang teliti, bijak dan berdikari, namun sukar untuk dia menghadapai masalah peribadinya sendiri. ‘Motif’ membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Sharifah Amani, Datuk Rosyam Nor, Iedil Putra, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi dan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 September 2019. Hadir sama pada tayangan perdana ini ialah pengarah filem, Nadiah Hamzah, penerbit filem, Mohammad Bahir, Ahli-Ahli Perbadanan FINAS, barisan pelakon dan tenaga produksi, karyawan industri dan rakan-rakan media.