Hulu Kelang, 2 Julai – Sekitar Program “Malaysia-China Feature Film & Animation Co- Production Conference anjuran Post Production Animation & Creative Content Association (POSTAM) telah dirasmikan oleh Pengerusi FINAS, YBhg. Dato’ Hans Isaac di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS Hulu Kelang petang semalam. Program dengan kerjasama Creative Content Association Malaysia (CCAM) dan FINAS ini diadakan untuk membuka peluang kepada penggiat industri tempatan dalam meneroka dan mendalami kandungan kreatif khasnya karya filem dan animasi di China. Program tersebut turut dihadiri panel antarabangsa dari China Film Group Corpiration iaitu Ms Song Wei Wei, General Manager of China Film Animation Co. Ltd, Mr. Ma Guang, General Manager of China Film Studio Co.Ltd, Mr. Yang Lihe, wakil China Film Group Corporation, dan Presiden POSTAM, Mr. Yoki Chin.