9 Jun 2016 – Satu majlis Sidang Media Malaysia International Film Festival dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) telah pun diadakan di Auditorium, Content Malaysia Pitching Centre, Kuala Lumpur. Malaysia 1st International Film Festival ini akan akan diadakan buat pertama kalinya pada 24 Februari 2017 hingga 4 Mac 2017 di NU Sentral Kuala Lumpur manakala Malaysia Golden Global Awards Night pula akan diadakan pada 5 Mac 2017 di Arena of Stars Genting Highlands.

Turut hadir semasa majlis ini berlangsung adalah YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Komunikasi FINAS, En. Azmir Saifuddin Talib, Pengarah Komersil Finas, En. Mohd Nazifuddin Bin Dato’ Seri Najib Razak, Pengerusi Youth On Unity (Y.O.U), Cik Joanne Goh, Pengerusi MGGA, dan Dato’ Mike Loh, Naib Pengerusi MGGA.mainff__t mff1__t mff2__t mff3__t mff4__t mfftrophy__t