Malaysia Society Cinematography (MySC) buat pertama kalinya menganjurkan program “Basic Underwater Course – Underwater Cinematography Series – 1” yang bertempat di Tenggol Coral Beach Resort, Dungun Terengganu pada 17 hingga 20 Julai 2017.

Program dianjurkan berdasarkan keperluan tenaga mahir dalam bidang ‘underwater filming’ dan pensijilan sebagai penyelam. Tenaga pengajar bagi program ini merupakan Instruktor Penyelam Profesional PADI iaitu Mr. Tan Ban Seng dan Mr. Fabio Inchigo dibantu oleh Master Penyelam, En. Mohd Shamsul dan En. Emran Taib. Seramai 15 orang peserta ahli MySC terlibat dalam kursus ‘PADI Open Water’ ini dan 80% daripada mereka telah berjaya menghabiskan kursus asas sehingga mendapat pensijilan sebagai seorang penyelam.

Majlis penutupan telah berlangsung dengan meriahnya pada 20 Julai 2017. Azil Adzlee bin Ali telah dipilih sebagai pelajar penyelam (prektikal) terbaik dan Cheong Yuk Hoy dipilih sebagai pelajar penyelam (teori) terbaik.