Larkin, 24 Februari – Satu program ziarah kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah diadakan sebagai tanda prihatin dan sokongan pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan FINAS terhadap karyawan seni tanahair.

Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali Mat Sentol sebelum ini terkenal sekitar tahun 1950-an dan 1960-an menerusi filem arahannya yang turut dilakonkan olehnya sendiri dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.

Dihadiri YBrs. Tuan Shakib Ahmad Shakir, Pemangku Ketua Pengarah FINAS, beliau turut melahirkan rasa simpati dan memberi sumbangan kebajikan bagi membantu meringankan beban Mat Sentol. Turut hadir bersama Encik Mat Sapar Mat Saad, Ketua Zon Selatan, Puan Ruzita Alias, Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Encik Hairudin Tumiran, Penolong Pegawai Penguatkuasa, Cik Atiqah Amira, Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, serta para pegawai FINAS yang lain.