Selepas melakar sejarah tahun lalu dengan memenangi ‘Country Best Award di International Open Film Festival New York & Dhaka (IOFF) selain menjadi ‘Official Selection’di Festival Filem di Barcelona, Russia, Melbourne dan Singapura melalui filem ‘Maravan’, pengarah, penulis dan karyawan terkenal, S.D Puvanendran kembali dengan karya mendebarkan ‘Aasaan’. Ditayangkan di pawagam tempatan semenjak 30 November yang lalu, filem ini mengangkat isu kemanusiaan, psikologi dan permainan minda serta perhubungan yang berhadapan konflik yang melingkari seorang profesor Matematik, Prof. Madhusoodhanan, yang hanya mempunyai kebijaksanaannya sahaja sebagai senjata untuk berjuang demi keselamatan anak perempuanya. Saksikan detik-detik mendebarkan dengan lakonan hebat S.Haridhass, Shashi Tharan, Seelan Manoheran, Saresh D7, Pushpa Narayan, Logesshiine KS, Lishalini Kumar, Sugitha Sivakumar dan ramai lagi di dalam filem Tamil wajib tonton ‘Aasaan’ terbitan Dato’ Dr.N.K Sundaram (Nova Rimbun Sdn Bhd) di pawagam seluruh negara.