Sekalung tahniah buat filem pendek dari Malaysia ‘My Ba’s Radio’ karya Victor Chen Yee Fei yang merangkul anugerah Filem Pendek Terbaik di edisi pertama 1st Mantona Lovers Short Film Festival di Wilayah Mantua, Itali yang berlangsung di Cinema del Carbone. Bersaing dengan 20 filem pendek lain daripada 1500 penyertaan dari seluruh dunia, filem mengenai komunikasi, konflik, kerinduan dan kepercayaan seorang lelaki tua yang dapat berhubung dengan isterinya yang telah meninggal dunia melalui radio lama ini terdahulunya berjaya meraih kemenangan di Panasonic Digital Short Film Competition 2016 selain mewakili Malaysia di Short Shorts Film Festival 2017 (Japan) dan pelbagai festival filem di USA, France, Pakistan, Bangladesh and India.

1

2