KUALA LUMPUR, 21 Mac – Sesi Rundingan Meja Bulat (RMB) anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama 12 persatuan perfileman yang berkongsi info bayaran balik pinjaman dan pakej terbaharu seperti Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i plus, Menjana Pendapatan Bersama PTPTN telah diadakan bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pagi tadi. Sesi ini disampaikan oleh En Abd Ghafar Bin Yusuf, Pengurus Besar Kanan Jabatan Pemasaran & Komunikasi Strategik PTPTN.

Program perkongsian maklumat kepada warga industri kreatif melalui kerjasama dengan persatuan/agensi hiburan dan agensi kerajaan seperti FINAS ini adalah untuk penerangan berkaitan polisi, operasi dan dasar selain menjana input berkaitan PTPTN. Ia merupakah siri ketiga selepas pertemuan dua hala bersama Persatuan Agensi Pelancongan dan Majlis Perwakilan Pelajar.
Turut hadir Pengerusi PTPTN YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Bin Hj Nasarah, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Encik Zed Zaidi, Encik Ahmad Idham mewakili Ahmad Idham Film Academy (AIFA) dan wakil-wakil persatuan terlibat.

Maklumat lanjut sila layari www.ptptn.gov.my.

#ptptn
#jiwanakbayar