FB_IMG_1624843706556
#LensaSinema
#Spotlight

FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seleksi filem Tamil tempatan yang mencipta kejayaan di Norway Tamil Film Festival 2021 (NTFF2021) edisi ke 12 seperti yang diumumkan penganjur di Oslo, Norway menerusi kenyataan media bertarikh 15 Jun 2021. Filem Narigal arahan RMS Sara. R diumumkan sebagai pemenang kategori Filem Cereka Terbaik dan Pengarah Terbaik. Senarai anugerah lain yang dimenangi untuk negara adalah seperti berikut:

Kategori: Filem Cereka (Tamil-Diaspora)

1. Filem Terbaik: Narigal
2. Pengarah Terbaik: RMS Sara. R (filem Narigal
3. Pelakon Lelaki Terbaik: Kathir Rave (filem Paakaati Po)
4. Pelakon Wanita Terbaik: Shanthini Antony (filem Paakati Po)
5. Sinematografi Terbaik: Karthik Shaamalan (filem Adai Mazhai Kaalam)
6. Anugerah Khas Juri: Evarani (filem Adai Mazhai Kaalam)

Kategori: Filem Pendek|Dokumentari|Video (Tamil-Diaspora)

1. Pelakon Lelaki Terbaik: Kathir (filem pendek Madamaikku Anjel)

NTFF 2021: The Winners of Feature film | Short film | Music Video |Official Selection| Tamil – Diaspora|

Nota: Filem Narigal dan Paakaati Po merupakan penerbitan yang mendapat Dana Kandungan Digital (DKD) FINAS