FINAS ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada filem cereka tempatan iaitu ‘Sometime, Sometime’ arahan sulung pengarah muda berbakat, Jacky Yeap yang telah tercalon bagi kategori Asian New Talent Award di festival filem berprestij antarabangsa iaitu 23rd Shanghai International Film Festival (SIFF) yang akan berlangsung dari 25 Julai-7 Ogos 2020 di China. Diterbitkan produksi Da Huang Pictures yang dibintangi pengarah dan penerbit, Tan Chui Mui sebagai ibu dan Jacky sendiri sebagai anak, filem ini bakal bersaing dengan sembilan buah filem lain dari seluruh Asia.

TAHNIAH KEPADA FILEM SOMETIME, SOMETIME