Isnin, 26 Ogos – Sekitar Sesi Townhall dan Perbincangan FINAS Bersama Penggiat Industri Filem Siri 1 yang disempurnakan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang telah diadakan di Studio Sound Stage FINAS, Hulu Kelang. Dianjurkan sebagai platform strategik bagi menjana perkongsian input secara langsung berkaitan isu, cabaran dan solusi daripada pemegang taruh industri filem, ia turut dihadiri YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, ahli-ahli perbadanan FINAS, penasihat-penasihat FINAS, pegawai-pegawai FINAS dan penggiat industri.