Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 29, ‘Adiwiraku’ arahan Eric Ong telah melakar kejayaan buat negara apabila merangkul Anugerah Khas Kepujian (Diploma of Honor) Filem Cereka di 48th Roshd International Film Festival yang berlangsung dari 16-23 November 2018 yang lalu di Felestin Cinema, Tehran, Iran. Disertai oleh lebih 80 buah karya dari 25 buah negara di seluruh dunia bertemakan pembelajaran dan pendidikan melalui naratif sinema, festival filem tertua di Iran yang bermula dari tahun 1963 ini dianjurkan Supplying Educational Media Center, Iran.

adiwiraku