Slim River, 13 April – Majlis perasmian Bengkel Smartphone Short Film ‘Ekspresi Seni Kreatif’ anjuran Yayasan Perdana Ummah (YPU) dengan sokongan FINAS menerusi Unit Latihan Industri telah berlangsung di Felda Residence Trolak.

Seramai 94 orang peserta terdiri daripada belia sekitar daerah Perak dan mahasiswa UPSI telah menghadiri bengkel tersebut yang dikendalikan selama 3 hari oleh pengarah filem ‘Polis Evo’, Encik Ghaz Abu Bakar.

Menerusi bengkel ini para peserta telah menghasilkan filem pendek yang berdurasi 1 minit berdasarkan tema Budi Bahasa Budaya Kita, Masyarakat Majmuk, Keharmonian dalam Kekeluargaan, Sukan Ke Arah Perpaduan, Kebenaran dalam Dunia Digital dan Industri Pelancongan Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi FINAS, turut hadir En. Zamin Fakry Zainol, Pemangku Ketua Sekretariat Transformasi Seni Kreatif, Dr. Sharifah Nur ‘Insyirah Saifuddin Shah; Ketua Penyelaras Dana Mikro Belia, Sentuhan Seni Kreatif, dan para peserta bengkel.

Bengkel 1

Bengkel 2

Bengkel 3

Bengkel 4

Bengkel 5

Bengkel 6

Bengkel 7

Bengkel 8