Kuala Lumpur, 2 April 2015 – Majlis Pelancaran Content Malaysia Pitching Centre telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertempat di Platinum Sentral, Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri KKMM, YBhg. Dato’ Sri Dr.SharifahZarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Dato Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, YBhg. Datuk Che Azemi Haron, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM, YBhg. Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), YBhg. Dato’ Haji Abu Bakar Ab. Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), YBhg. Dato’ Sri Dr Halim Shafie, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta YBrs. Hasnul Hadi Samsudin, Pengarah Kreatif dan Multimedia, Multimedia Development Corporation (MDeC). Turut hadir bersama adalah wakil dari persatuan-persatuan perfileman serta penggiat industri..

Antara objektif penubuhan Content Malaysia Pitching Centre ini adalah dapat membangunkan industri kandungan kreatif di peringkat global serta dapat melahirkan lebih ramai bakat karyawan baharu terutama penulis skrip dan penerbit yang bertaraf global, khususnya dari golongan muda dan menjadi pemangkin utama dalam memberikan pendapat serta idea baru yang sejajar dengan peredaran masa kini. Content Malaysia Pitching Centre berperanan sebagai pusat yang dapat merangsang dan mencambah idea-idea baru bagi semua kandungan kreatif, daripada video berdurasi 3 minit untuk YouTube hingga produksi filem cereka; merangkumi kandungan TV, filem, dokumentari, muzik, animasi, permainan dan aplikasi mudah alih. Selain itu, satu pertandingan merekabentuk logo rasmi bagi Content Malaysia Pitching Centre telah bermula dan maklumat tersebut boleh diperolehi di laman sesawang FINAS; www.finas.gov.my.

Teks : Iyda Jame
Foto : Shahriman Jimin
Unit Komunikasi Korporat