#LensaFINAS
Sempena program Ziarah Keluarga FINAS, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Prof. Dr. MD Nasir Ibrahim telah menziarahi penerbit dan pengarah filem era 70an & 80an, YBhg. Datuk Deddy M. Borhan.
Tarikh : 4 Jun 2022
Masa : 2.30 Petang
Lokasi : Taman Austral, Kepayan Ridge, Kota Kinabalu, Sabah
Datuk Deddy M. Borhan merupakan pemilik Sabah Film Productions yang menaikkan kembali industri filem melayu pada tahun 70an dan 80an dengan filem-filem pecah panggung seperti Si Badol, Hapuslah Air Matamu, Keluarga Si Comat dan Azura. Beliau juga pernah menerima anugerah Tokoh Perfileman FINAS dan Karyawan Sepanjang Zaman FFM28.
Turut hadir bersama:
1. En. Mohammad Rizal Mohamed Yunus, Pengarah FINAS Borneo;
2. En. Anuar Zainon, Ketua Cawangan FINAS Sabah;
3. Pegawai-pegawai FINAS;
4. Pengamal media.
Filem Kita, Citra Kita
#finasmalaysia
#filemkitacitrakita
ziarah