FINAS Hulu Kelang, 26 Jun 2015 – (bersamaan 9 Ramadhan 1436H, FINAS telah menganjurkan Program Raudhah @FINAS bertajuk “Keberkatan Ramadhan” bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee.

Penceramah jemputan iaitu Ustaz Izzat Fathi Bin Hisham yang merupakan salah seorang peserta Pencetus Ummah Musim Pertama anjuran ASTRO. Beliau menyentuh 5 perkara penting dalam mencapai keberkatan ramadhan iaitu ITQAN:

I – Istiqamah

T – Thabat (tekun)

Q – Qana’ah (sentiasa menyemai rasa syukur)

A – Ibadah secara jujur

N – Nizom (disiplin dalam ibadah)

Seramai 76 orang penjawat FINAS telah hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Izzat Fathi Bin Hisham. Sesi open table sale dibuka bermula jam 12.00 tengahari bertempat di luar Pawagam Mini P. Ramlee.

Teks: Siti Nur Rahmah Abdul Malik

Foto: Mohd Hudzairy Ab Rais

Unit Pengurusan Sumber Manusia