Hulu Kelang, 6 Mei- Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan jaringan sinergi dua hala, YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS dan YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan dari Media Prima Bhd yang diketuai YBhg. Datuk Kamal Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, YBrs. En. Johan Mohamed Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan YBhg. Datuk Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios di FINAS Hulu Kelang. Selain percambahan idea dan input secara langsung berkaitan pemerkasaan industri daripada perspektif penyiar, platform komunikasi strategik di antara FINAS dan Media Prima ini turut memberi ruang kepada penerokaan cadangan dan potensi kerjasama di dalam membangunkan industri secara kolektif melalui fungsi strategik kedua-dua belah pihak.

1

2

3

4