#LensaFINAS

Cannes, 20 Mei 2023 – Sekitar sesi jaringan strategik global iaitu ‘Spotlight Asia : Roadmap to Asia Europe Funding Landscape’ telah diadakan di Lerins Producers, Palais de Festival bersempena pasaran filem Marche Du Film.
YBhg. Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS telah berpeluang mempromosikan Malaysia sebagai destinasi penggambaran dan pelaburan perfileman antarabangsa melalui skop galakan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI), potensi dana kerjasama produksi antarabangsa (Co-Production), kapasiti kemudahan dan bakat tempatan berkualiti. Peranan FINAS juga amat penting dalam meningkatkan pelaburan asing (inward investment) ke dalam negara yang menjana impak ekonomi termasuklah peluang pekerjaan serta pendapatan; pelancongan sinema (film tourism); pembiayaan projek berpotensi; perkongsian kepakaran; pembangunan kapasiti serta ekonomi hiliran.

Turut hadir wakil dari negara-negara luar seperti Filipina, Indonesia, Taiwan, Perancis, Canada, Singapura, United Kingdom dan lain selain para pelabur, penaja serta syarikat produksi dari seluruh dunia.
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadanin2