#LensaFINAS
KUALA LUMPUR, 24 Julai 2025 – Sorotan sesi AFAN Spotlight bertajuk “An Overview of the Asian-European Film Industries” yang berlangsung di Parkroyal Collection Kuala Lumpur. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Lorna Tee, Setiausaha Agung Asian Film Alliance Network (AFAN), yang juga merupakan penerbit dan penggiat industri filem berpengalaman dalam pembangunan kandungan filem serantau dan antarabangsa.
Sesi ini memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat strategik berkaitan ekosistem industri filem di Asia dan Eropah yang meliputi statistik kutipan box office, struktur pembiayaan produksi, peluang kerjasama rentas negara, serta strategi sokongan kerajaan terhadap pembangunan kandungan kreatif termasuk FINAS yang diwakili oleh Pengarah Galakan Penggambaran, En. Zokifli Abu Bakar.
📌 Antara agensi antarabangsa lain yang turut berkongsi pandangan ialah:
1. Korean Film Council (KOFIC)
2. Taiwan Creative Content Agency (TAICCA)
3. Singapore Film Commission (SFC)
4. Thailand Creative Culture Agency (THACCA)
5. Ministry of Culture and Fine Arts, Cambodia
6. European Film Agency Directors (EFAD)
7. French National Centre of Cinema (CNC); dan
8. UNIJAPAN / TIFFCOM
Turut hadir memberikan sokongan dan menyertai sesi ini ialah YBhg. Dato’ Kamil Othman, Penasihat Industri; Ahli-Ahli Perbadanan FINAS, YBrs. En. Noor Azam Shairi, YBrs. En. Saeful Fadhly Hj. Moktar, YBrs. En. Chacko George Vadaketh, YBrs. Pn. Aidah Ahmad Adzmi, En. Gregory Wee Lik Hoo serta pegawai-pegawai FINAS dan rakan-rakan strategik industri filem.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#ASEANFilmandTVSummit2025
#AFANSpotlight