#LensaFINAS

Hulu Kelang, 18 Disember 2023 – YBhg Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS telah merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Industri Kreatif Kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri yang telah diadakan di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS Hulu Kelang.

Pengerusi FINAS turut menyampaikan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa disamping menyaksikan penyerahan sumbangan daripada 4 penyumbang dalam kalangan GLC, syarikat korporat dan koperasi yang terlibat kepada FINAS. Sumbangan yang diterima akan diberikan kepada penggiat industri yang akan diselaraskan oleh jawatankuasa.

Turut hadir YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zed Zaidi Ahli Perbadanan selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri Kebajikan dan Data Industri, Encik Panchacharam a/l P. Nalliah, Presiden GAFEMA, Ahli-Ahli Perbadanan, Pegawai-pegawai kanan FINAS, wakil-wakil persatuan, tetamu jemputan dan rakan media.

#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMadani
#Kebajikan

dana