Kuala Lumpur, 20 Februari- Majlis Sidang Media 3rd Malaysia International Film Festival (MIFFest) dan 3rd Malaysia Golden Global Awards (MGGA) telah berlangsung di Dorsett Hartamas siang tadi anjuran Jazzy Group (M) Sdn Bhd dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di mana ia telah mengumumkan tarikh MIFFEST yang secara rasminya bakal diadakan pada 14 Julai 2019 hingga 19 Julai 2019, dan MGGA pada 20 Julai 2019 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

MIFFEST dan MGGA yang merupakan festival filem berprestij yang memposisikan Malaysia melalui pembangunan dan apresiasi sinema antarabangsa, perkongsian budaya, jaringan pemasaran, pelaburan dan kerjasama produksi selain sinergi ilmu melalui forum dan pameran industri juga telah memilih karyawan tempatan yang membina nama di peringkat antarabangsa iaitu Bront Palarae dan Sinje Lee sebagai duta-duta MIFFEST dan MGGA pada tahun ini.

Majlis pelancaran ini telah dihadiri Puan Joanne Goh, Pengerusi Jazzy Group (M) Sdn Bhd, YM Raja Khairul Azman Raja Abd Karim, Pengarah Pemasaran FINAS, para karyawan industri tempatan dan antarabangsa serta rakan-rakan media.