Selain diiktiraf sebagai wanita jelita dan pelakon, Maria juga merupakan penerbit filem wanita Melayu pertama menerusi Maria Menado Production (M.M Production). Menerusi produksi itu, Maria menerbitkan beberapa buah filem antaranya Siti Zubaidah, Darahku, Bunga Tanjung dan Pontianak Kembali