Dalam aspirasi memperkasakan pembangunan modal insan dan profesionalisme penggiat industri kreatif negara, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama 
 
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Pusat Pengajian Tinggi menawarkan program akreditasi dan pentauliahan industri kandungan kreatif. Seluruh pengamal industri dialu-alukan 
 
menyertai program seumpama ini melalui dua kategori utama pentauliahan dan akreditasi iaitu;
 
A. PENGALAMAN
 
– Kumpulan Profesional atau Pengamal Industri Industri Kreatif yang berstatus aktif dan MEMILIKI kelayakan akademik dalam bidang dengan pengalaman kerja; atau
 
– Kumpulan Profesional atau Pengamal Industri Industri Kreatif yang berstatus aktif TANPA kelayakan akademik dalam bidang dengan pengalaman kerja. 
 
B. TANPA PENGALAMAN
 
– Kumpulan Profesional atau Pengamal Industri Industri Kreatif yang berstatus aktif dan memiliki kelayakan akademik dalam bidang TANPA pengalaman kerja; atau
 
– Kumpulan Profesional atau Pengamal Industri Industri Kreatif yang berstatus aktif TANPA kelayakan akademik dalam bidang dan TIADA pengalaman kerja
 
Untuk maklumat lanjut, anda boleh dan menghubungi Urusetia di talian 03 -4104 1452 /1393 /1467/1468
latihan-infografik-final-pendaftaran-1 latihan infografik final latihan infografik final
Sila layari http://akreditasi.finas.my untuk memuat naik dan mengisi borang permohonan.