FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada dua buah filem cereka tempatan, ‘Malu’ arahan Edmund Yeo dan ‘Mukhsin’ arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang terpilih sebagai seleksi tayangan di festival filem antarabangsa berprestij, 33rd Tokyo International Film Festival (TIFF2020) yang akan berlangsung dari 31 Oktober-9 November 2020. Filem kerjasama produksi Malaysia dan Jepun, ‘Malu’ karya pengarah muda berbakat besar, Edmund Yeo yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di festival yang sama menerusi filem ‘Aqerat’ pada TIFF tahun 2017 ini dibintangi Sherlyn Seo, MayJune Tan dan Masatoshi Nagase akan bersaing merebut ‘Audience Award’ bersama 31 filem antarabangsa lain dari seluruh dunia. Selain itu, filem ‘Mukhsin’ lakonan Syafie Naswip dan Sharifah Aryana yang pernah menjadi World Premiere di TIFF2006 ini pula bakal dipertontonkan semula menerusi kategori World Focus dengan kualiti format dinaiktaraf ke versi 4K.

1