Kuala Lumpur, 19 Ogos- Galeri Petronas, KLCC dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sekali lagi hari ini telah menganjurkan program pembangunan ilmu dan apresiasi seni #CeriteraKita dengan tayangan dan apresiasi filem dokumentari terbitan Malayan Film Unit (kini FINAS) arahan Allahyarham Mohd Zain Hussain iaitu Hassan’s Homecoming (1954).

Diterajui penulis, pensyarah, karyawan seni dan pengkritik filem, En. Hassan Abd. Muthalib sebagai speaker yang telah membawa penonton yang hadir untuk meneroka falsafah, aspirasi, pemikiran, naratif, teknik, serta impak dokudrama ini khususnya di dalam menterjemah semangat nasionalisme di dalam mengangkat bangsa di dalam cabaran sosio ekonomi dan politik ketika itu dan bagaimana kekuatan karya Allahyarham menerusi ‘Hassan’s Homecoming’ ini sebagai instrumen penting bagi pembangunan minda, emosi dan kendiri masyarakat luar bandar.

Berjaya mencipta kejayaan menembusi festival filem antarabangsa di 8th Edinburgh International Film Festival (1954) dan memenangi Filem Terbaik (Bukan Drama) di 2nd Southeast Asia Film Festival, Singapura pada tahun 1955, program bersifat interaktif juga memberi ruang kepada perkongsian ilmu dan pandangan bersama para khalayak yang hadir.