Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mempelawa syarikat, pertubuhan dan NGO yang berminat serta layak untuk memohon Dana Pemangkin Generasi Madani. Program ini merupakan satu inisiatif Kerajaan MADANI bagi memperkasa komuniti belia yang mempunyai daya saing dalam bidang kandungan kreatif.

Dana Pemangkin Generasi Madani juga sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk menjana peluang pekerjaan kepada penggiat industri muda dan menggalakkan penghasilan IP yang berkualiti & unik.

– Maklumat lanjut, syarat kelayakan dan cara permohonan boleh dirujuk pada poster yang dilampirkan. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut:- https://tinyurl.com/569rrrvw

– Tempoh permohonan: 19 Ogos 2025 – 12 September 2025

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Latihan FINAS di talian 03-4101 0462 / 0459 / 0458 / 0736  / 0454 atau menerusi e-mel di: pemangkin@finas.my.

#KementerianKomunikasi
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMadani

POSTER_INFOGRAFIK_IKLAN DANA PEMANGKIN GENERASI MADANI 2025_01

POSTER_INFOGRAFIK_IKLAN DANA PEMANGKIN GENERASI MADANI 2025_02 POSTER_INFOGRAFIK_IKLAN DANA PEMANGKIN GENERASI MADANI 2025_03 POSTER_INFOGRAFIK_IKLAN DANA PEMANGKIN GENERASI MADANI 2025_04 POSTER_INFOGRAFIK_IKLAN DANA PEMANGKIN GENERASI MADANI 2025_05 POSTER_INFOGRAFIK_IKLAN DANA PEMANGKIN GENERASI MADANI 2025_06 POSTER_INFOGRAFIK_IKLAN DANA PEMANGKIN GENERASI MADANI 2025_07 POSTER_INFOGRAFIK_IKLAN DANA PEMANGKIN GENERASI MADANI 2025_08