#LensaFINAS
#JomKePanggung
Putrajaya, 2 Januari 2024 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mencemar duli menyaksikan Tayangan Perdana filem ‘Pendekar Awang: Darah Indera Gajah’ terbitan Studio Kembara yang diadakan di GSC IOI City Mall 2, Putrajaya.
Filem arahan Shahruddin Dali dan Saiful Reza membariskan pelakon-pelakon seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Wan Hanafi Su, Ali Karimi, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Heliza Helmi dan ramai lagi ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 11 Januari 2024
Turut hadir YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, YBhg Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBhg. Datin Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, para pegawai FINAS, barisan pelakon, tetamu-tetamu jemputan dan pihak media
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#PendekarAwang:DarahInderaGajah

2

3