9 Mac 2016 (Rabu) – Graphics Vision dan Editshare telah mengunjungi Center Of Excellence FINAS di Petaling Jaya bagi menyertai sesi perbincangan untuk memperkenalkan produk Editshare. Editshare adalah satu produk pengurusan aset media secara berpusat. Editshare menguruskan bahan secara teratur mengikut jalan kerja yang dilakukan sama ada untuk penyimpanan bahan mahupun penyuntingan secara berpusat. Sistem ini juga boleh disimpan dan dibaca dengan pelbagai format video yang terdapat sekarang seperti MXF, DPX, MOV, dan lain-lain. Sesi perbincangan ini dihadiri Benedict Yee, Managing Director dan Hy Lee, Sales Manager dari Graphics Vision dan pihak Editshare, Peter Lambert, Asia Sales Director dan Ee Wah Wong, Technical Pre-Sales – APAC.
coe1
Dalam sesi perbincangan ini, Peter Lambert dari Editshare telah menerangkan berkenaan cara kerja sistem Editshare dengan mengintegrasikan sistem sedia ada.coemain

Sesi perbincangan ini juga turut menerangkan cara kerja dan penyimpanan bahan secara berpusat yang membolehkan pengguna ataupun penyunting mengakses bahan dengan mudah.