Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    

Rabu Ogos 25, 2010

"Kami terharu dan amat berterima kasih kepada FINAS dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terutamanya kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim', luah Malini anak seniman veteran Omar Suwita ketika menerima bantuan Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura pada Rabu lalu.Bantuan berjumlah  RM5,000 disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd Zulkifli Ab.Wahab.


23 Ogos 2010 – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan FINAS dengan kerjasama National Geographic Channel dan Astro akan menyiarkan ‘A Leader Legacy: Tun Abdul Razak’. Majlis tayangan khas dokumentari bersempena meraikan Hari Kemerdekaan ke-53 telah berlangsung di GSC Signature @ The Gardens Mid Valley City. Filem dokumentari ini adalah sebuah cerita eksklusif Tun Abdul Razak mengenai patriotism, pengorbanan dan mendahului kepentingan negara melebihi diri sendiri dan juga bagaimana beliau berdepan dengan cabaran dan menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 disamping memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).


22 Ogos 2010 – Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan Negara ke-53 yang jatuh pada bulan Ramadhan, FINAS dengan kerjasama Persatuan SENIMAN telah mengadakan Program Penyerahan & Kibarkan ‘Jalur Gemilang 2010’ yang diadakan di Bazar Ramadhan SENIMAN, Kompleks Gurney, Kuala Lumpur. Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara di kalangan masyarakat khususnya kepada penggiat dan karyawan filem tanah air.


10 Ogos – Satu Majlis Pratonton Filem Dokumentari bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang berjudul ‘The Malayan Emergency’ dan ‘ VAT: 69 Malaysia’s Very Able Troopers’ telah diadakan di Hotel Hilton, Sentral Kuala Lumpur. Majlis yang bermula pada pukul 2.00 petang itu, turut mengundang para media bagi tujuan mempromosikan mengenai dua buah dokumentari hasil kerjasama FINAS dan AETN All Asia Networks dan anak syarikat tersebut, HISTORY TM.  Kedua-dua dokumentari ini berkisar mengenai kronologi parajurit tanah air menentang pihak komunis di Tanah Melayu.


11 Ogos 2010 – Allahyarham Seniwati Mariam pelakon kelahiran Singapura telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2010 di kediamannya di Yishun, Singapura. Anak Allahyarham iaitu En. Rafik telah menerima sumbangan khairat kematian Tabung Kebajikan Penggiat Seni berjumlah RM5,000 yang disalurkan oleh FINAS sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Mohd Zulkifli Ab. Wahab di FINAS hari ini.

Berita Terdahulu : 1, 2, 3 ... 20, 21, 22  Seterusnya

   Carian:

PENGUMUMAN

Selasa Ogos 10, 2010 :Short Shorts Film Festival & Asia 2010 di Malaysia (SSFF & ASIA 2010)

Short Shorts Film Festival & Asia 2010 di Malaysia (SSFF & ASIA 2010) akan diadakan pada 1hb Oktober hingga 3hb Oktober 2010. Aktiviti-aktiviti utama ialah tayangan filem pendek dari seluruh Asia sebanyak 26 buah filem termasuk filem pendek dari Malaysia. Simposium dan ceramah berkaitan perfileman juga akan diadakan sempena festival ini. Orang ramai di jemput menghadiri SSFF & Asia 2010. Masuk adalah percuma, sebarang maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Latihan Perfileman di talian 03-41041372 / 73 / 75 / 78 & 03-41041402

 

Isnin Jul 05, 2010 :Tarikh FFM23 Ditunda

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh penganjuran Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 18 Julai ini ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Penundaan tarikh ini adalah atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sekian, terima kasih.





    Galeri Terkini
    • Galeri Video
      Finas Mixstage Promo
    • Galeri Gambar
      DSC_6706.jpg
    • Galeri Buku
      Penontonan Filem Cereka Di Malaysia

    AKTIVITI

       Lihat Senarai

    LATIHAN

    27 September 2010 - 01 Oktober 2010
    Bengkel Pengarahan
    04 Oktober 2010 - 08 Oktober 2010
    Bengkel Penulisan Skrin
    11 Oktober 2010 - 15 Oktober 2010
    Bengkel Pasca Penerbitan Audio
    11 Oktober 2010 - 15 Oktober 2010
    Masterclass (Sinematografi)
    18 Oktober 2010 - 22 Oktober 2010
    Bengkel Penerbitan MCP
    25 Oktober 2010 - 29 Oktober 2010
    Bengkel Teknik Kamera Video (Lanjutan)
       Lihat Senarai

    PAUTAN