Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    

Isnin Jan 23, 2012

Hulu Kelang, 22 Jan 2012 – Hebat, itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan pasukan lawan, D’Sury yang diketuai oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) bersama isteri, Datin Maznah Rais manakala FINAS diwakili oleh YBhg Datuk Haji Md. Afendi Datuk Haji Hamdan, Pengerusi FINAS dan Mohd Naguib Razak, Ketua Pengarah FINAS.


Hulu Kelang, 20 Januari 2012 – Penggiat industri kreatif tempatan khususnya dalam bidang perfileman kini boleh menarik nafas lega kerana dua kali dalam sebulan Ketua Pengarah FINAS, Mohd Naguib Razak akan mengadakan sesi bersama warga industri filem. Pengumuman itu dinyatakan sendiri oleh beliau ketika sesi berkenaan di Kompleks Studio Merdeka, FINAS baru – baru ini.


Kuala Lumpur, 20 Januari 2011 – Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), En. Mohd Naguib Razak , dan YBhg. Dato’ Dr. Musa Nordin, Pengerusi Viva Palestine Malaysia (VPM) telah mengumumkan Pesta Filem Palestin Kuala Lumpur yang diadakan buat julung-julung kalinya. Festival ini akan dilancarkan oleh YA Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 4 Februari 2012.


Kota Kinabalu, 6 Januari 2012 – Penggiat industri filem tempatan khususnya warga Sabah berpeluang mendengar taklimat penerbitan dokumentari 'Eye On Borneo' dan menghadiri Sesi Dialog Bersama Ketua Pengarah FINAS, Mohd Naguib Razak di Hotel Le Meridien. Sesi taklimat anjuran FINAS ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Subaidah Md. Top Pengarah Produksi, Puan Ruzita Alias Ketua Unit Komunikasi Korporat FINAS, Encik Shubri Abdul Ghani Penguatkuasaan Wilayah Sabah, dan Encik Mohammed Ridhaudeen Hassan pemenang Anugerah Emas Dokumentari Terbaik FINAS.


31 Disember 2011 - Melabuhkan tirai 2011, Karnival KPKK anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim begitu meriah dan berjaya dihadiri seluruh rakyat Malaysia khususnya warga kota bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Berita Terdahulu : 1, 2, 3 ... 35, 36, 37  Seterusnya

   Carian:


PENGUMUMAN

Khamis Jan 26, 2012 :Sesi Bersama Warga Industri

Semua penggiat seni perfileman dijemput hadir ke majlis Sesi Bersama Warga Industri yang akan diadakan pada Jumaat minggu kedua dan keempat setiap bulan. kehadiran amatlah dihargai demi memartabatkan industri perfileman tanahair. Keterangan lanjut sila hubungi urusetia ditalian 03-4104 1397 / 1398 / 1399

Isnin Nov 21, 2011 :Pemindahan Unit Penguatkuasa Taman Melawati

FINAS memaklumkan bahawa Unit Penguatkuasa Taman Melawati telah berpindah ke ibu pejabat FINAS di Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.



  • Galeri Terkini
    • Galeri Video
      Wira Chingray Part 4
    • Galeri Gambar
      ZARA6943.jpg
    • Galeri Buku
      Script Writing-Ultimate Storytelling

    PAUTAN