Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
FINAS POST : Studio Rakaman
Anda berada di : Utama > FINAS POST

STUDIO SOUND STAGE

Kemudahan
Kadar
MCP - 4 cameras

RM 7,500.00
Tanpa MCP

RM 5,500.00
Set Up

RM 3,500.00/sehari
TVC Set Up
RM 2,500.00/sehari
TVC Recording

RM 3,500.00/sehari

STUDIO 1 (HO AH LOKE)

Kemudahan
Kadar
Studio Floor

RM 700.00/sehari
MCP 3 Camera + Studio Floor

RM 3,200.00/sehari

STUDIO 2 (L. KRISHNAN)

Kemudahan
Kadar
Studio Floor

RM 700.00/sehari

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SEWAAN
KEMUDAHAN DAN PERALATAN FINAS
(STUDIO)

  1. Deposit minima RM 700 atau bagi jumlah sewaan yang bernilai RM 14,000 dan ke atas, deposit sebanyak 5% daripada jumlah sewaan dikenakan bergantung kepada mana-mana yang lebih tinggi bagi mengesahkan tempahan. Baki bayaran hendaklah dijelaskan setelah selesai/ tamat masa penggunaan/penyewaan.

  2. PENYEWA hendaklah membuat pemeriksaan dan penelitian sebelum membuat permohonan untuk menyewa peralatan / kemudahan yang terdapat di Studio, FINAS. Dengan pemeriksaan dan penelitian tersebut, peralatan / kemudahan itu hendaklah dianggap mempunyai kualiti dagangan dan sesuai untuk digunakan bagi maksud penyewaan serta kuantiti yang mencukupi seperti mana pemeriksaan.

  3. Sekiranya tiada pemeriksaan dan penelitian dibuat oleh PENYEWA terlebih dahulu mengenai kualiti dagangan, kuantiti dan kesesuaian bagi maksud penyewaan, PENYEWA dianggap telah bersetuju bahawa peralatan / kemudahan itu mempunyai kualiti dagangan yang sesuai untuk digunakan oleh PENYEWA dan FINAS tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang berakibat daripadanya.

  4. Pengiraan sewaan studio bagi satu (1) hari bermula apabila PENYEWA memasuki studio tersebut sehingga jam 9.00 pagi keesokan harinya.

  5. PENYEWA tidak boleh melakukan pengubahsuaian seperti memaku lantai, mengecat dinding dan seumpamanya.

  6. Merokok dan membawa sebarang makanan basah adalah dilarang di dalam studio.

  7. PENYEWA tidak boleh menyalakan atau menggunakan api atau apa jua bahan lain yang merbahaya di dalam studio untuk apa jua tujuan pun melainkan setelah mendapat kebenaran daripada pegawai FINAS yang bertanggungjawab.

  8. Kebersihan studio adalah tanggungjawab PENYEWA. Deposit keselamatan dan kebersihan RM 500 akan dikenakan dan FINAS berhak tidak memulangkan cagaran keselamatan dan kebersihan sekiranya kebersihan tidak memuaskan.
Dikemaskini Pada 08/06/12 10:20 AM