Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
BERITA FINAS
Anda berada di : News >
Selasa Jun 28, 2011
Majlis Penganugerahan Karyawan Animasi Malaysia Yang Pertama

Berita: Muhammad Fandee Rosni
Foto: Rafiuddin Abdul Rahman, Muhammad Fandee Rosni & Safaruddin

27 JUN 2011 - PERSATUAN Animasi Malaysia (ANIMAS) buat pertama kalinya memperkenalkan beberapa anugerah bagi mengiktiraf sumbangan penggiat seni animasi tempatan sempena majlis penghargaan Karyawan Animasi di Dataran Karyawan, FINAS bermula jam 8.30 malam. Selain ANIMAS, majlis penghargaan itu diadakan dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Majlis telah disempurnakan oleh Ybhg Datuk Hj Abdul Ghaffar A. Tambi; Pengerusi FINAS.

Malam Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011 dibahagikan kepada 12 kategori karyawan dan empat anugerah khas. Anugerah itu antaranya bagi pereka watak pelukis, penulis skrip animasi, pelukis -storyboard-, pencapaian animasi terbaik, tokoh animasi dan watak animasi fenomena. Turut hadir memeriahkan majlis ialah artis-artis seperti Imuda, Scha Al Yahya, Neelofa, Eira Syazira, Ayu Raudah dan ramai lagi. Pemenang bagi anugerah Pengarah Animasi Terbaik ialah Ayie Ibrahim menerusi Zero Hero dan bagi anugerah Animasi Terbaik ialah Silver Ant bagi Seefood. Senarai pemenang adalah seperti berikut :

Skrip Animasi Terbaik

  • Boboiboy - ( Mohd Nizam & Muhammad Anas )

Rekaan Watak Terbaik

  • Tales of The Ages : Timun Mas ( Nasrul Hakim Muhammad )

Rekaan Latar Belakang Terbaik

  • Saladin (MDEC & JCC )

Muzik Tema Terbaik

  • Boboiboy ( Wong Yuri )

Artis Storyboard Terbaik

  • Planet of The Reban (Nanzo)

Suara Latar

  • Boboiboy (Animonsta)

Animator 3D Terbaik

  • Seefood ( Silver Ant )

Animator 2D Terbaik

  • Zero Hero ( Tapir Reka Sdn Bhd )

Kompositor/Vfx Animasi Terbaik

  • Seefood ( Silver Ant )

Montaj Animasi Terbaik

  • Seefood ( Silver Ant )

Pengarah Animasi Terbaik

  • Zero Hero - ( Ayie Ibrahim )

Animasi Terbaik

Seefood - ( Silver Ant )

Klik untuk galeri.